Tentang TMC

Dalam dunia yang pesat membangun, mudah untuk beranggapan bahawa slogan kami hanyalah satu lagi slogan utk menarik minat ramai. Di Tropicana Medical Centre (TMC), ianya adalah sesuatu yang digenggam dan tersemat pada diri setiap doktor dan juga jururawat yang bertugas.  Sebuah hospital yang menjadi kemegahan kepada TMC Life Sciences Berhad, kami telah membangun dari hospital yang sering dilawati kerana keselesaan seperti berada di rumah kepada hospital yang sangat menawan hati .

Fasiliti dan infrastaktur yang moden bersesuaian dengan kecemerlangan serta dedikasi staff perubatan dan juga kakitangan pengamal perubatan. Teknologi perubatan yang maju kini telah mengubah kehidupan, sering kali menyelamatkan nyawa, menjadi perlengkapan kepada lebih 100 perunding perubatan dan juga pakar pembedahan.

Pesakit di TMC dirawat secara holistik, dengan mengambil berat keperluan fizikal, mental dan juga emosi individu. Suasana persekitaran yang tenang, menambah kesejukan mata memandang dengan permandangan padang golf, melengkapkan tetapan yang terbaik untuk proses penyembuhan dan pemulihan pesakit.

Perubatan untuk langkah pencegahan adalah kepakaran khusus yang muncul dalam dunia perubatan kini, kami di Tropicana Medical Centre telah berada di satu tahap yang lebih tinggi dengan kekerapan mengadakan ceramah kesihatan dan juga menawarkan pemeriksaan kesihatan serta program – program komuniti yang dekat dengan masyarakat.

Jenama kami menjanjikan sesuatu yang mudah – Kami akan membimbing anda dalam perjalanan melalui proses pemulihan. Berbincang dengan kami untuk penjelesan terperinci tentang bagaimana kami boleh membantu anda atau orang yang anda sayangi.

ACCREDITATION

msqhisortac